"pelayanan" yang sia-sia -> pengkritik, penghasut, pengadu (complainers) .. semuanya mengwujudkan suasana negatism di mana apa pun perkara yang tidak baik, ianya dititikberatkan & dihighlight...seolah-olah hanya itu sahaja yg patut diperbincangkan.
Mungkin ada diantara kita manusia, dalam keseronokan mengutuk, memperlekehkan orang lain (yg paling menyedihkan di kalangan pelayan-pelayan Tuhan). Anda mungkin secara "tidak sengaja" menjatuhkan orang lain yg terdengar...mungkin orang yg mendengar itu bukan yg anda kutuk secara langsung...namun mereka tentunya berfikir & berkata "oh...begini rupanya pengikut Tuhan..." itulah kesaksian yang kita tunjukkan kpd orang lain...betapa menyedihkan ianya diperdengarkan oleh anak-anak Tuhan yang sedang membangun. Saat kita melihat, membincang & mempertikai sesuatu tentang rakan-rakan sepelayan...fikirkan dahulu apa pandangan Tuhan ttg perbincangan kita itu? Adakah DIA akan bangga dengan apa yg dibincangkan?...Tentu TIDAK!
Melalui Rasul St Paul kpd jemaat di Efesus, 4:29 beliau menasihat jemaat pada zaman itu (tentunya ianya masih relevan bagi zaman ini & akan dtg juga) menyatakan ttg perbuatan sia-sia ini. Selagi kita masih mengamalkan / melakukan perbuatan begini...ternyata kita bukan lah manusia baru dalalm Kristus, tetapi manusia sudah BASI...
Nyata menyedihkan kerana rata-rata di mana kita berada, kita sering berjumpa / terserempak & sama-sama melayani dengan "kita-kita" yang sebegini....mungkin kita menyalahkan perwatakan semula jadi mereka yang sememangnya selama ini seorang yang lantang bersuara?!?...menyalahkan pekerja mereka sememangnya memerlukan mereka menilai?! ...ya! memang tidak salah bagi kita untuk lantang bersuara spt Petrus & Yohanes pada zaman awal gereja bertumbuh (Rujuk kepada Kisah Para Rasul)..tetapi mereka bersuara dgn pimpinan Roh Kudus & menyatakan sesuatu yang membangunkan orang lain secara positif & bukannya meletakkan status orang yang sedang "diperbetulkan" pada tahap yang paling rendah sekali. Jika kita menilai cara mereka bersuara tentunya bukan dengan kekerasan (maki hamun) / memerli para Imam Agung...tetapi berulang kali menyatakan ttg kasih karunia Kristus...Jadi apakah begitu "kita-kita" semasa kita menyatakan pandangan?!...Kita juga tidak salah utk menilai kerana sejak zaman Adam lagi...manusia diberi peluang / pilihan utk menilai...namun apakah kebaikannya kita menilai keburukan keadaan & manusia? Waspadalah...saat kita menilai keburukan orang lain, sebenarnya kita sedang menghukumi mereka...kita tahu siapa yang lebih layak menghukum jikalau bukan Tuhan Yesus Kristus sendiri. Satu lagi...harus kita berhati-hati dalam penilaian, kerana penilaian buruk memusnahkan manusia sendiri (semasa Tuhan Yesus dikhianati & dibawa kepada Raja Pontius). Berperasangka buruk terus akan mewujudkan benteng di kalangan jemaat terutamanya di kalangan pelayan & pemimpin. Kurangkan berkata kotor dalam kehidupan kita...aplikasinya cuba kita tidak bercakap buruk / kotor utk tempoh 1 minggu & lihat apa yg berlaku...tentunya kehidupan anda lebih indah daripada pencemaran-pencemaran kata2 ini...
Mari kita berdoa agar pemikiran kita serupa seperti Tuhan Yesus Kristus, percakapan mengikut kehendak Roh Kudus & hidup penuh dgn kepimpinaan Roh Kudus utk kemuliaan Nya dan juga pembangunan rohani saudara-saudari seiman selain menjadi pembukan mata hati mereka yang belum mengenali Tuhan Allah Yesus Kristus kita. Amen.
No comments:
Post a Comment